top of page
Kenali Kami
SEJARAH
 

Malay Heritage Club atau MAHEC telah ditubuhkan pada 14 September 2012. Idea penubuhan MAHEC ini telah dicetuskan oleh sekumpulan pelajar Muslim Malaysia di Iowa State University (ISU) dan mendapat khidmat nasihat dari seorang pelajar PhD, Ahmad Safuan bin Bujang yang kemudiannya menjadi salah seorang penasihat kelab ini. Presiden pertama MAHEC adalah saudara Megat Ibrahim Islahuddin, seorang pelajar jurusan kimia dan beliau dibantu oleh saudara Nurluqman Hamdan, seorang pelajar jurusan Sains Makanan sebagai “Ex-Officio”. MAHEC juga menerima khidmat nasihat dari seluruh pelajar Master dan PhD ISU dalam sebarang perkara. Tujuan penubuhan organisasi yang berteraskan Islam ini adalah:

 

  • Mewujudkan persefahaman antara komuniti Muslim Malaysia dan seluruh warganegara Malaysia di Iowa State University  di samping merapatkan jurang persahabatan dengan komuniti ISU secara amnya.

  • Mengambil berat dan menguruskan hal-hal kebajikan, sivik dan moral komuniti Muslim Malaysia di ISU.

  • Memperkenalkan budaya dan tradisi bangsa Melayu kepada seluruh komuniti ISU.

  • Bekerjasama dengan kelab-kelab dan persatuan-persatuan di ISU dengan berteraskan persahabatan, keharmonian dan persefahaman.

  • Menggalakkan sifat berbakti dan berbudi kepada komuniti tanpa mengharapkan pulangan dan menekankan kemantapan etika kerja di dalam pelbagai bidang.

"Tak Kenal Maka Tak MAHEC"

 

bottom of page