top of page

Of Us and Common Sense

MAJ

Ada satu benda, kalau kau belajar tinggi mana pun, seberapa banyak 4 kau dapat untuk setiap sem pun, kalau kau takde benda ni, kau mesti akan ada masalah dengan orang keliling kau. Benda ni, dia takde dalam textbook, dia tak diajar secara formal. Benda ni kau kena observe, rasa, dan faham dengan hati.

Benda apa tu?

 

Common sense, dude.

 

Apa perasaan kau, kalau kau penat satu hari, class from 8-5, pastu lab 5-7, naik bas cyride, dengan perut dah main lagu IM4U, balik balik, takde makanan. Itu tak cukup tension lagi tu. Balik balik bukan takde orang kat rumah nak masak, ada je kawan kau tengah main game (y) Masa tu apa yang kau boleh buat? Tarik nafas dalam dalam, pendam dalam hati.

 

Dia yang lagi style tu, kalau kau tetap akan cuba masak, even kau sibuk. Pastu kawan kau tu makan. Makan takdelah masalah, yang jadi masalah tu kalau dia tak basuh. Wahahaha style. Simpan dalam hati lagi.

 

Ok kau basuhlah pinggan. Nak basuh pinggan, mesti kena buang sampah dulukan? Buanglah sampah. Eh, dah penuh, tapi cyride dah nak sampai. Dengan harapan ada orang nak buangkan, pergilah kau ke kampus.

 

Pukul 7 balik. Masuk masuk, bukan bau kurma yang menyapa, bau busuk dari tong sampah. Perform. Sampah takde orang buang. Sabar… bukankah sabar itu sebahagian dari iman? Cuba pujuk diri.

 

Dia kalau setakat ulang ulang 2-3 kali, boleh tahan lagi do. Kalau dah nak setahun macam tu, memang laki akan naik suara, perempuan akan tarik muka.

 

Common sense; a simple thing that can change everything.

 

Yang sembang kencang dah nak cari hadiah hantaran, dah ada girlfriend/boyfriend, tapi kalau setakat nak masak nasi pun malas, nak buang sampah pun berat, dah boleh fikir fikirkan lah. 

 

bottom of page