top of page

Kebosanan summer membuatkan diri ini terdetik hati ini untuk menulis apa yang terbuku di hati. Bertahunnya hidup di bumi Ames ini banyak mengajarku erti persahabatan dan kekeluargaan.

 

Teringat lagi masa ketika mula-mula sampai di sini, senior-senior banyak sangat membantu dan ajar kami bagaimana untuk “survive” di bumi Ames ini tidak kira dari segi kewangan, pelajaran, mahupun hidup. Di sinilah segalanya bermula. Persepsi diri ini tentang kehidupan di alam universiti, adalah satu tempat untuk kita betul-betul fokus belajar di mana semua inilah yang menjamin masa depan kita bila kita melangkah ke alam pekerjaan.

 

Teringat lagi tahun pertama diri ini berpijak di Ames, diri ini tidak pernah kisah tentang keadaan sekeliling asalkan diri ini dalam keadaan serba serbi cukup. Tidak pernah peduli tentang sahabat-sahabat yang lain di Ames. Tapi lama-kelamaan diri ini mula sedar, belajar dan “buat hal sendiri” adalah salah sama sekali apatah lagi kita hidup dalam minoriti.

 

Peluang yang diberikan untuk kita semua belajar di negara orang ini, perlulah kita betul-betul hargai, bukan hanya sekadar mendapat keputusan yang bagus setiap semester, tapi belajarlah dari segala jua benda. Bila mana mengingatkan kata-kata seorang sahabat, “keluarlah dari rumah, tengoklah dengan mata, fikir dengan akal, dan rasalah dengan hati,” cukup menyentuh perasaan ini. Dan dari situlah, diri ini mula keluar dari comfort zone dan belajar. Belajar bukanlah hanya dengan duduk di meja berjam-jam buat assignment atau just hadir ke kelas, belajar merangkumi semua benda. Bila mana kita kenal sahabat-sahabat kita yang lain, itupun bagiku adalah satu pengembaraan atau satu proses belajar.

 

Manusia ni unik. Macam-macam jenis manusia kita jumpa. Usaha untuk kita kenal semua orang adalah satu proses pembelajaran yang sangat best. Bila kita jumpa A, dia ckp mcm ni, bila kita jumpa B, dia pulak cakap lain. Berbagai pendapat yang kita peroleh. Kadang-kadang kita tak sangka, bila kita tengok kat luar, dia ni biasa je. Tapi pabila travel sama-sama, tidur sama-sama, kita boleh kenal orang tu jauh lebih dalam dan cukup berbeza dengan “first impression” kita.

 

Mengenali sahabat-sahabat yang lain di Ames ni banyak mengajar erti persahabatan dan kekeluargaan, satu memori yang xkan pernah luput dalam diri ini. Hidup bertahun di sini, bersama-sama yang lain dalam banyak suka duka, menjayakan apa-apa jenis events, sukan, main petang-petang, lepak perkins, travel, movie night, solat berjemaah, dan tidak lupa juga dugaan yang kami hadapi, semua ini membuatkan diri ini bangga punya sahabat-sahabat yang berkebolehan dari segala segi. Dari kebolehan merekalah aku belajar, dan kadang-kadang terdetiknya hati ini, alangkah sayangnya bila mana satu hari nanti terpaksa tinggalkan Ames. Moga ukhuwah yang kita jalinkan ini kekal berpanjangan.     

Hati Ini

Hanna

bottom of page