top of page

If Not Us, Then Who?

RS

Salah satu janji aku pada diri sendiri masa aku mula-mula terbang ke Amarika dua tahun dulu adalah untuk go out of my comfort zone. Sebab orang kata, “You will never grow living in your comfort zone” dan JPA bukan hantar aku ke sini semata-mata untuk jadi orang bijak pandai atas kertas, rakyat Malaysia tak letak harapan dekat aku dan kawan-kawan yang dihantar ke sini untuk hanya capai CGPA 4.0 dan bukanlah sampainya aku di benua Amarika Utara ini untuk sibuk main salji, buat Olaf siap letak carrot jadi hidung, dan dipakaikan pula cermin mata hitam supaya orang salji tadi nampak lebih bergaya dan cool because believe me, it is more than that.

 

Anyway, aku join International Student Council yang bergerak sebagai satu student body mewakili international students di Iowa State University sebab utamanya, aku nak keluar dari zon selesa dan sebab keduanya, aku percaya ini adalah salah satu alternatif bagi aku untuk belajar tentang adat, budaya orang lain dan dalam masa yang sama untuk develop myself into a better person sebab aku percaya, you have to feel it, experience it, in order for you to get the most out of something.

 

Hampir 4 semester aku berkhidmat untuk International Student Council dan selama 4 semester itu juga aku experience macam-macam perkara. Dari macam mana nak buat kerja on time tanpa menjejaskan study aku hinggalah macam mana nak kerja dengan orang lain yang mempunyai macam-macam kerenah yang boleh buat aku dapat migraine, tidur 10 jam dan bila bangun, migraine still tak hilang-hilang lagi. Gituh! Tell you what, I learnt it the hard way.

 

Tapi, percaya atau tidak, bekerja untuk International Student Council adalah salah satu pengalaman yang menarik hampir selama dua tahun aku berada di rantau orang. Ketepikan stress, tekanan dan migraine, aku percaya, penglibatan aku ini adalah kerana passion dan bukan sebab nak cantikkan resume, bukan sebab nama and I enjoy it so much. Bekerja dengan pelajar-pelajar lain yang mempunyai pelbagai background, pelbagai agama, berlainan upbringing tapi mempunyai visi dan misi yang sama iaitu untuk serta bersama-sama menjaga kebajikan international students di Iowa State University merupakan satu cabaran terbesar buat aku ketika berada dalam ISC. 

 

Untuk mereka, salam itu menunjukkan professionalisme, untuk mereka berpelukan itu tanda mesra, tiada batasan antara lelaki dan perempuan. Tapi untuk aku, Islam melarang wanita dan lelaki yang bukan muhrim untuk bebas bergaul. Untuk mereka, mereka bebas untuk makan daging atau ayam di bumi Amarika ini tapi untuk aku, hanya ayam dan daging yang halal yang dibenarkan. Banyak yang berbeza tapi aku bersyukur kerana walaupun berbeza latar belakang, walaupun berbeza kepercayaan dan kadang-kadang berbeza pendapat, mereka semua mempunyai sifat keterbukaan yang tinggi, menerima dan hormat akan orang lain.

 

Pada awalnya, aku cukup takut, mampukah aku menjaga diri sendiri dan mampukah aku untuk memberitahu mereka yang aku tidak boleh bebas berpegangan dan sebagainya tapi, setelah diberitahu, mereka dapat menerima dengan baik malah sangat menghormati prinsip yang dipegang itu. Tak cukup dengan itu, beberapa pemimpin dalam organisasi itu sendiri yang bukan Muslim sangat menjaga aku. Sangat-sangat menjaga aku, sampaikan kadang-kadang kalau ada waktu meeting yang clash dengan waktu solat, mereka sendiri yang akan mengingatkan aku untuk solat and for them, it is okay kalau aku nak sneak out keluar from meeting sekalipun. Ada jugak few cases bila ada ahli yang baru join ISC menghulurkan tangan untuk salam dengan aku sebab mereka memang tak tahu menahu langsung tentang larangan-larangan tersebut dan akan ada ahli-ahli lama yang siap buat announcement, “Guys, she can’t shake hands with guys and you can’t freely touch her because of religious reason. So, please respect.”  Terharu, serious!

 

Bila ada orang kata, susah, kerja dengan orang yang lain kepercayaan dan latar belakang sebab mereka tak tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh untuk kita. Tapi, penglibatan aku dalam ISC ini sangat membuka mata dan minda aku yang perbezaan latar belakang, perbezaan kepercayaan itu tidak menjadi satu masalah dan apa yang penting adalah untuk kita hormat, bertolak ansur dengan pegangan orang lain serta look for the common ground and I always believe that strength lies in differences not similarities.

 

Kesedaran ini membuatkan aku reflect kembali tentang keadaan di tanah tumpah darah kita, Malaysia. Bukan hanya konflik antara kaum, antara parti politik yang menjadi isu malah kadang-kadang kita tak mampu untuk bertoleransi dengan jiran kita sendiri atau lebih simple, dengan keluarga kita sendiri dan hanya mahu berfikir yang kita sentiasa betul dan kita adalah yang paling hebat. Apa yang lebih mengecewakan adalah, konflik antara pemimpin, tak kira pemimpin untuk parti politik, ataupun pemimpin untuk majlis perwakilan pelajar dan sebagainya. Bukan gaduh-gaduh manja, tapi gaduh yang untuk menjatuhkan sesama sendiri bagi menununjukkan siapa yang lebih hebat. Persoalannya, adakah itu kematangan seorang pemimpin yang boleh dijadikan contoh kepada pengikut-pengikut kita? Persoalannya lagi, apa yang kita mahu sebenarnya? Untuk tunjuk siapa lebih hebat atau untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, aman dan harmoni? Tepuk dada, tanya selera. It is about rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, bukan pemimpin mana yang paling banyak video lucah atau pemimpin mana yang paling banyak turun untuk membantu mangsa banjir.

 

Orang kata, kita, leaders of tomorrow, harapan negara. If not us, then who? Ayuh kita berevolusi, anjakkan paradigma and always look at the bigger picture.

 

bottom of page