top of page

Ketawa. Awat? Pasai pa dengan ketawa? 

PK

Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Sejak sampai kat negara orang ni, memang betul lah banyak ilmu-ilmu baru yang diperoleh. Sebelum aku sampai sini dulu, aku selalu jugak fikir, macam mana lah nanti nak ‘survive’ ni. Macam mana lah nak praktikkan solat. Macam mana lah nak jaga iman dengan tak adanya “environment Islam”. Tapi Alhamdulillah, apa yang difikirkan jauh daripada apa yang aku alami sebenarnya. Dengan adanya majlis-majlis usrah yang berterusan, banyak pengetahuan-pengetahuan baru yang sangat berguna aku dapat dan sangat berguna untuk membantu iman aku yang naik turun naik turun nih.

 

Kat sini aku belajar banyak benda baru. Kadang-kadang benda-benda yang aku tak pernah terfikir pun sebelum ni. Contohnya pertama, kita kena ‘be open minded’. Kita kena terima pendapat orang, teguran orang dan jangan cepat melatah. Tapi sebaliknya kita kena banyak buat refleksi diri dan berusaha perbaiki diri. Kedua, benda yang halus tapi tak pernah terlintas kat fikiran adalah kita tidak boleh senang-senang nak ‘judge’ orang. Simple kan benda ni? Tapi ni yang tanpa sedar selalu kita buat dan kesannya sangatlah buruk kepada hubungan persaudaraan antara kita sesama manusia, muslim khususnya. Tapi tentang jangan senang-senang nak ‘judge’ orang ni tak sepatutnyalah dijadikan alasan untuk kita menempelak balik orang yang cuba menasihati kita. Kita tak boleh ‘judge’ orang, tapi kalau ada orang ‘judge’ kita, kita terimalah dan cuba perbaiki diri. Contohnya, kita ada buat benda yang jelas-jelas tidak mengikut syariat. Lepas tu ada orang tegur perbuatan kita. Kemudian kita pergi pulak guna hujah cakap kat orang tu jangan ‘judge’ kita sebab hanya Allah yang tahu ‘struggle’ kita. Sepatutnya kita terimalah nasihat orang dengan hati yang terbuka dan buat refleksi diri. Dan juga berusaha perbaiki diri. Bila kita tak nak terima teguran orang dan claim yang orang tu ‘judge’ kita, tak macam diri kita ni ego ke? Lepas tu bagi alasan yang kita tengah ‘struggle’. Patutnya cuba tanya balik diri sendiri, betulkah kita sudah cukup ‘struggle’? Atau itu cuma alasan untuk menyedapkan hati  atau sekadar hujah rapuh untuk tutup ego sendiri? Dan cara aku tulis ni pun dah macam tengah men’judge’ orang yang claim dirinya di’judge’ ni. Haihh. Pasal isu “judge menjudge” ni bukannya apa. Kita sendiri boleh nampak kan macam mana masyarakat kita (termasuk kita) memang suka ‘judge’ orang lain dan rasa diri cukup sempurna. Astaghfirullah.

 

Apa yang aku dapat kat atas tu kira sedikit sebanyak ilmu yang dikongsi dalam halaqah sebenarnya. Ni yang aku suka tinggal kat Ames ni. Aku suka semangat orang-orang kat sini yang ada usaha nak menghidupkan Islam kita. Selain ia adalah sebagai satu ‘event’ untuk saling memperingatkan dan membincangkan isu-isu Islam, ia juga boleh menjadi satu medium untuk kita saling merapatkan ukhuwah. Dan aku pulak anti-sosial sikit. Jadi bagus sangat laah aktiviti macam ni. Eceh! Tapi ada satu benda yang aku rasa kurang ‘best’ sikit pasal majlis halaqah ni. Iaitu tentang ketawa. Orang kata “laughter is the best medicine.” Jadi baguslah Kalau kita gelak banyak-banyak. Gelak kan penawar. Eh, tapi nanti dulu! Nabi SAW kata banyak tertawa boleh mematikan hati.

 

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Janganlah kalian banyak tertawa, karena banyak tertawa akan mematikan hati.”

(HR. At-Tirmizi no. 2227, Ibnu Majah no. 4183, dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 7435)
 

Jadi, gelak ni penawar ke racun? Sebenarnya tidak salah nak ketawa. Cumanya yang dilarang adalah apabila kita terlalu banyak sangat ketawa. Senang cerita kita kata ketawa ni umpama Vitamin C. Dia ‘essential’ tapi tak boleh ‘overdose’. Kalau ‘overdose’ akan jadi toksic yang meracuni diri. Begitulah diumpamakan bahayanya ketawa yang berlebihan. Benda yang patutnya buat serius pergi buat lawak. Sampaikan nak berhalaqah pon nak bergelak sakan. Macam ni dah tak kena lah bro! Tapi, kalau majlis-majlis macam ni nak serius memanjang, sapa nak pergi doe? Kita nak buat santai-santai je. Huh. Habis kita nak join majlis-majlis macam ni kerana nak bergelak ketawa beriang ria? Bukan kerana Allah? Islam ni bukan benda main kot. Bukankah tujuan kita buat majlis halaqah untuk saling mengingatkan antara satu sama lain dan membincangkan ilmu-ilmu Islam? Menurut hadis di atas, banyak ketawa mematikan hati sedangkan majlis-majlis ilmu seperti halaqah adalah salah satu usaha kita untuk menghidupkan hati kita ni. Jadi nampak tak kebertentangannya tujuan dan perbuatan kita tu? Kita tak nak usaha kita ni akhirnya jadi sia-sia. Kita sebenarnya nak apa yang kita bincangkan dalam halaqah tu memberi impak dalam hati kita dan kemudian dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Tapi kalau dah banyak sangat ketawa, dan sampaikan beberapa minit lepas bincang soal kiamat dan kematian pun masih boleh bergelak sakan, susah lah. Sedih kan? Rasanya boleh lah kita cuba ubah nanti. Cuba jangan nak banyak-banyak bergurau sangat. Biar kita buat halaqah berniat untuk redha Allah dan harap ilmu yang disampaikan melekat kat hati. Bukannya untuk menyedapkan nafsu kita dan ilmu yang disampaikan tu hilang begitu saja terbang dibawa dek angin yang lalu.

 

Setakat ni InsyaAllah, ini saja suara hati yang ingin aku kongsikan. Dan aku akhiri penulisan ni dengan terjemahan ayat daripada Surah Al’A’raaf ayat 50 dan 51. Moga-moga dapat memberi manfaat kepada diri dan kepada yang sudi membaca. InsyaAllah. Semoga kita tidak memiliki ciri-ciri orang kafir seperti ayat di bawah ni. Nauzzubillahi min zalik!

 

“Dan penghuni neraka menyeru penghuni surga: "Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah direzekikan Allah kepadamu". Mereka (penghuni surga) menjawab: "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir, (50) (yaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka". Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami. (51)” 

 

Sadaqa Allahu al-Adzim.

bottom of page