top of page

Lanes

Anonymous

Bila aku berada di tempat duduk pemandu dan aku di atas lebuhraya PLUS tiga lorong, aku selalu berpendapat yang lorong paling kiri adalah lorong untuk kenderaan berat. Jadi, aku selalu berada di lorong tengah. Okay, itu pendapat aku, dan apa yang aku fikir. It’s okay, kalau korang tak bersependapat dengan aku.

Tapi pendapat yang aku pegang sejak aku ada lesen P, berubah masa aku pergi trip ke selatan tanah air. I was asked on why do Malaysian drivers prefer not to drives on the left most lane and I don’t have the answer of course. Oh ya, masa ditanya tu, aku dengan confidentnya drive dengan had laju tak berapa nak laju di atas lane tengah. Aku cuma kata, lane paling kiri kan untuk kenderaan berat, dan aku ditanya balik, siapa kata? Sekali lagi aku terkelu.

Kenderaan yang tak berapa nak laju tapi duduk lane tengah ni lah penyebab lane paling kanan (yakni lane untuk memotong yang secara logiknya adalah lane paling laju), menjadi perlahan. Jadi lane paling kiri yang takde sangat orang guna tetiba jadi lane yang paling lancar.

“Patutnya semua orang guna lane paling kiri, then kalau kereta depan slow, diorang patut potong guna lane kanan (tengah), dan kalau masih slow, only then they should use lorong paling kanan. Malaysian drivers kena diajar kembali tentang etika memandu di jalanraya.”

Zapppp, aku terasa sikit. Aku perlahan je bagi signal, dan slowly masuk lane paling kiri.

Now, it makes sense. Even lecturer kat ISU dulu pernah cakap, dia pelik kenapa ada kereta stayed on the fastest lane even though jalanraya kosong je sebenarnya. Sebab lane tu memang sepatutnya solely use if nak potong kereta depan.

So malam tadi, I was on my way back to my place. I was driving alone and of course I used lane paling kiri. *Note that there are four lanes, ULANG SUARA, FOUR* Okay capitalized sebab takut tak perasan kan.

Ada lori perlahan depan saya, so saya potong tapi there was another car, so takleh nak laju sangat. Tetiba ada sebuah lori ni yang guna lampu putih yang menyakitkan mata, duk mencucuk-cucuk dari belakang. Pastu duk bagi high beam a few times. Aku pandang side mirror, elok kosong je lane sebelah kanan ni. Nonstop okay dia mencucuk, aku malas nak tambah kelajuan plus stereng pun dah gegar, al maklumlah, kereta kecik je. Tapi a few minutes jugaklah dicucuk begitu, dan aku rabun silau. Dah mula rasa darah naik ke muka, tahan marah.

“Eh hello pakcik, nak potong ambiklah lane kanan.” Bebel aku sorang-sorang. Aku tak boleh nak masuk kiri sebab ada lori lain. Oh ye, bukan sekali ye lori yang sama berbuat demikian. Aku fed up dan tekan juga pedal minyak supaya aku dapat nyah dari lampu silau si lori annoying itu. Tapi agak2 aku dah jauh, aku perlahankan balik kenderaan, tup-tup dia dah ada kat belakang balik, doing the same thing.

Now, I understand what he meant when he explained it to me about the function of each lane.

Oh, kepada pemandu lori lampu silau yang annoying, sila rujuk atau google balik ye etika memandu. If you think the vehicle in front you is slow (AND they are on the right lane), sila berhati perut dengan potong menggunakan lane kanan. Takyah mengada nak bagi high beam tetiba padahal lane kanan (laju) kosong je yang kau boleh guling golek-golek piknik bagai untuk digunakan sebagai lane memotong.

Okay emosi. Mungkin aku patut berhenti.

bottom of page