top of page

Perpustakaan dan Ketamadunan

Gadis Pari

Ahli keluarga saya pernah menyebut, ketika mereka susah dahulu hobi yang murah buat mereka ialah menunjungi perputakaan. Melancong, menonton televisyen bukan hobi yang murah ketika tahun gawat sekitar 1997-1999. Maka tidak hairanlah ketika kecil kebanyakan kami tidak sabar menunggu hujung minggu hanya untuk 'lepak' di perpustakaan. Pada tahun 1990 ke 2000, perkara yang saya kagumkan ketika di perpustakaan ialah apabila dapat menggunakan computer selain membaca. Saya senggup beratur dan menunggu giliran hanya untuk bermain ‘paint’. Ini kerana, ayah belum mampu lagi membeli sebuah computer tika itu. Dalam pada menunggu saya akan mengambil buku buku yang saya kira sesuai dengan usia saya ketika itu untuk membaca. Malah, sekiranya saya tidak puas, saya akan meminjam beberapa buah buku dan dibawa kerumah dan rutin meminjam dan memulangkan agar berulang sehingga kami berpindah dari Setapak. Ayah saya sendiri sedia maklum bahawa minat membaca saya ini hampir sama seperti dia sehingga setiap kali jualan buku antarabangsa atau pesta buku dbp (ketika itu dekat dengan Setapak), dia akan membawa saya untuk memilih sendiri bahan bacaan saya. Untuk itu, terima kasih ayah dan emak.

 

Maka.

Cerita kali ini berkaitan perpustakaan dan kaitannya dengan ketamadunan menurut hemat saya.

 

Di Iowa State University, perpustakaan disini terbuka kepada umum baik di universiti mahupun awam. Saya masih ingat lagi bagaimana saya mengagumi kebebasan yang diberikan pihak universiti kepada orang awamnya untuk mengakses perpustakaan mereka. Tidak cukup di tempat saya, malah apabila saya mengungjungi rakan saya di Penn State University dan berpeluang ‘lepak’ di perpustakaannya juga membuatkan saya sedar bahawa perpustakaan perpustakaan ini beroperasi dan melaksanakan tujuannya sebagai gedung ilmu dengan memberi akses kepada semua bukan terhad kepada individu individu sahaja. (dalam contoh ini khas untuk pelajar university). Wifi juga diberikan percuma dengan username ‘guest’ atau tetamu.

 

Saya tidak pasti di universiti tempatan di Malaysia. Paling terakhir yang saya ingat ialah pada tahun 2012 apabila saya mahu masuk keperpustakaan, saya perlu 'swipe' kad pelajar UiTM Intec saya sebagai akses untuk masuk dan berada disitu. Malah, hendak masuk kekampus pun pak guard penuh dengan soalan dan perlu meninggalkan nama dan no plate kereta. Kata mereka, “apa apa hal jadi nanti senang”. Saya tidak tahu bagaimana orang luar sebenarnya mengakses perpustakaan di universiti di Malaysia ini. Jadi saya hanya akan komen perkara yang saya tahu sahaja. Apa yang pasti, perkara sebegini pada hemat saya adalah mengenai kepercayaan yang kita letakkan pada orang umum sehingga penuh kawalan kita beri hanya untuk gedung ilmu.

Di Uncle Sam ini pula, sepanjang saya disini selama genap tiga tahun, pepustakaan-perpustakaan awam dan universitinya saya lihat tidak mengenakan sekatan. Tidak perlu ‘swipe’ kad matriks, menganggung kad matriks tanda pelajar disitu malah tiada pak guard pun bertanya no plate kereta. Universiti kami di sini bebas diakses orang luar. Universiti kami juga tidak berpagar seperti university di Malaysia. Hanya beberkalkan kepercayaan dan hormat, akses diberi kepada semua orang. Saya kira sesuatu yang kita tiada di bumi Malaysia. Mungkin sebab itu tempat seperti ini mudah untuk diakses orang luar. Ini pada hemat saya.

 

Tidak kurang pada itu. Perpustakaan di bumi Uncle Sam ini baik awam mahupun universiti terletak dekat sekali dengan pengangkutan awam. Saya masih ingat ketika mana saya dan rakan baik saya, Fatihah pada tahun 2012 ingin ke Perpustakaan Negara Malaysia. Kami perlu menaiki beberapa bas dari Selayang. Bermula dengan U3 dan beberapa U yang lain. Entah saya pun sudah lupa. Sudah lah demikian, kami perlu turun di hadapan Intitut Jantung Negara kerana bas tidak turun berdepanan dengan perpustakaan negara. Ini tidak termasuk pengalaman saya terpaksa menaiki LRT dan turun di titiwangsa dan berjalan dari titiwangsa bersama Fatihah malah hujan ketika itu! Hah. Saya ingat juga harga teksi dari Jalan TAR ke perpustakaan ialah RM18. Harga ini ialah pada tahun 2011 apabila saya dan rakan rakan baik saya tidak tahu mana lagi tempat me’lepak’ yang seronok pada tika itu kecuali perpustakaan. (Tiba tiba saya rasa kelakar mengingatkan kami meilih perpustakaan untuk menghabiskan masa bersama-sama) Belum lagi termasuk kos memperbaharui kad perpustakaan setiap tahun berkos rm10. Untuk sekarang, keahliannya telah menjadi percuma dan sah untuk tempoh tiga tahun. Penambah baikan saya kira untuk bersesusaian dengan kemodenan sekarang.  Dibumi Uncle Sam ini kedua dua perpustakaan berada dekat sekali dengan pengankutan awam malah harga untuk pengangkutan awam itu diseluruh bandar hanya berkos sekitar $1.50. Mungkin kerana bandarnya kecil tetapi cukup disini bahawa perpustakaannya baik university mahupun awam, terletak bersebelahan dengan tempat perhentian bas (akses pengangkutan awam).

 

Perpustakaan awam Ames pula memberikan keahlian seumur hidup percuma ditambah jumlah buku untuk dipinjam ialah unlimited atau tiada tempoh dan tempoh pinjaman saya kira agak lama yakni sebulan untuk buku dan tiga minggu untuk CD. Di perpustakaan negara, saya semak sebentar tadi, tiga buku terhad untuk tiga minggu. Saya kira hasil ‘budaya membaca’ rakyat kita.

 

Di perpustakaan awam Ames, melihat penduduknya menaiki bas dengan buku buku pinjaman pada pagi sabtu tidak begitu asing. Malah mereka juga menyediakan perkhidmatan perpustakaan bergerak berdekatan sekolah. Perkhidmatan ini bagi memudahkan pelajar yang meminjam buku memulangkan buku buku yang dipinjam mereka tanpa perlu ke perpustakaan itu sendiri. Menarik bukan bagaimana usaha mereka menerapkan budaya membaca dan memastikan tiada buku hilang dalam pada masa yang sama? Sekolah juga tanpa segan menggunakan perkhidmatan awam membawa anak murid mereka ke perpustaan awam ini. Sepanjang saya di sekolah rendah mahupun menengah tidak pernah lagi kami dibawa melawat perpustakaan! Mungkin perpustakaan begitu membosakan untuk dibuat lawatan? Entah. Saya tidak tahu. Mereka juga mempunyai website untuk arkib arkib mereka. Hanya perlu mendaftar atas talian dan boleh mendapat akses. Tidak seperti Perpustakaan Daerah Gombak (perpustakaan selayang), tiada website dibuat khas untuk diakses.

 

Subjek mengakses perpustakaan pula merupakan subjek wajib lulus supaya semua orang termasuk kami warga luar tahu bagaimana mengakses perpustakaan mereka. Nampak bukan bagaimana mereka bebetul betul mempromosikan perpustakaan mereka?

Saya masih ingat lagi apabila saya cuba menghabiskan cuti summer musim panas saya pada tahun lepas di perpustakaan Selayang. Disebabkan saya tiada kenderaan sendiri, maka saya memilih menaiki pengangkutan awam. Dari rumah saya ke Bandar Baru Selayang hanyalah 10 minit menaiki bas. Perpustakaan Selayang terletak atas sedikit dari Bandar Baru Selayang. Maka, saya pun menaiki bas. Hajat saya dirudung kecewa kerana perpustakaan Selayang langsung tidak dekat dengan stesen perhentian mana mana bas. Jauh kedalam perlu saya tapaki. Maka saya gagahkan diri menapaki hingga sampai ke destinasi. Sekali lagi kecewa kerana karya karya di perpustakaan itu tidak divariasikan. Malah tiada akses wifi untuk saya teruskan hajat membaca disitu. Tidaklah pelik perpustkaan Selayang kini seperti hidup segan mati tidak mahu. Suatu kerugian besar pada hemat saya disitu! Disebabkan itu saya hanya duduk dirumah dan meng’order’ buku buku secara dalam talian. Mudah. Dirumah sendiri malah ada wifi. Saya rasa sedih memandangkan akses kepada gedung ilmu sewajarnya dikemaskini untuk mereka mereka yang mungkin tidak berkemampuan tetapi mahu membaik diri dengan menambah ilmu. Teapi kita mengehadkan akses itu dengan membuatkan perpustakaan jauh kedalam jalan tanpa pengangkutan awam, tiada wifi dan buku bukunya juga telah lama. Seperti ada sekadar ada. Langsung tidak memenuhi matlamat.

 

Selain itu, di bumi Uncle Sam ini juga, terdapat free mini library yang mana sesiapa sahaja boleh meletak mengambil atau memulang kan semula buku buku. Projek ini kelihatan kecil tapi besar buat saya apabila saya sendiri pernah mengambil beberapa buah buku untuk dibaca dari situ dan memulangkannya di mana mana free little library yang saya jumpa.

Saya pasti sekiranya dibuat di Malaysia, projek ini, akan mendapat sambutan dari segi mengambil bukunya sahaja tetapi memulangkan atau menambah buku amat payah. Atau akan sentiasa mendapat sambutan selepas saya kira budaya membaca dan segala kempen mebaca seperti menemui jalan buntu di Malaysia? Saya akan skeptic di situ tapi itulah yang saya lihat. 

 

Saya pasti ramai akan berkata, dah duduk negara yang maju, tahu komen sahaja. Ya. Itulah apa yang saya sedang lakukan. Menjentik pemikiran kita, majukah kita menjelang wawasan 2020? Saya kira, akses gedung ilmu, budaya membaca itu sendiri malah infrstruktur telah menunjukkan bahawa kita mungkin Negara membangun fizikalnya tetapi belum akalnya. Kita ada lima tahun sebelum 2020. Boleh kah kita melakukan perubahan dengan perkara sekecil ini? Menyediakan akses gedung ilmu kepada semua orang sebagai tanda kita sedia memajukan diri dari segenap sudut. Bangsa membaca bukankah bangsa Berjaya. Menyediakan akses secara percuma pada hemat saya ialah penada aras bagi merelisasikan kata kata hikmah ini. Ini kerana bukan semua mampu meskipun mereka mahu  Mampukah kita? 2020, mungkin kita boleh kembali ke artikel ini dan menyemak semula apa yang sudah kita lakukan terhadap akses gedung ilmu kita.

 

Ini hasil pemerhatian saya.

Mungkin salah mungkin betul.

Boleh diambil mana mana yang boleh ditambah baik.

bottom of page