top of page

Of Us & Common Sense #2

Ocra

Ada satu benda yang kadang-kadang aku tak boleh nak brain. Iaitu kalau aku bangun lewat, contoh pukul 8 pagi, maksudnya aku dah ter-miss subuh lah. Aku pun cakap kat member, ‘Tak sedar untuk subuh tadi, kau bangun?’  Lepas tu member dengan muka bersalah cakap, ‘Ha'ah bangun je.’

 

Rakan yang bangun subuh lepas tu tak kejut member walaupun dia nampak member dia terbongkang atas katil. Aku rasa benda tu macam common sense. Yelah, kita sama-sama Islam kan, bukan ke saling bantu-membantu dan tegur-menegur tu dituntut dalam Islam? Kau kejut aku hari ni, aku kejut kau hari lain. Mana ada manusia perfect kan, lambat-laun mesti ada hari yang kau pun tak tersedar subuh.

 

Mungkin dia bersangka baik ‘oh, ni maybe dah solat lepas tu tidur balik kot.’ Well, bukan ke lagi baik kalau cuba kejut dan tanya, ‘dah solat belum?’ Bukan susah pun. Kalau member tu kata dah, alhamdulillah. Kalau dia kata belum, kan ke besar pahala kita tu? Kalau ini boleh dijadikan tabiat harian, siapa yang bangun paling awal kejut semua member lain, kan ke tak timbul persoalan “ maybe dia dah solat. ” Kalau dia belum bangun, maksudnye dia belum solat. Sebab kalau dia dah bangun mesti dia kejut aku.

 

Wow, indahnya ukhuwah.

 

Ke, salah dia sendiri, siapa suruh tak pasang alarm? Kubur masing-masing lah bro. Hmm.

bottom of page