top of page

Prihatin

AGN

Kemalangan semasa musim salji di bumi Uncle Sam dah jadi lumrah. Kereta mahupun lori yang terbengkalai di bahu jalan, di dalam gaung, berlanggaran sesama kereta hadapan mahupun belakang merupakan antara pemandangan yang terhidang sepanjang berjaulah ke negeri jiran semasa musim ini. Lumrah. Semua ada kebarangkalian untuk menjadi mangsa. Pakcik-pakcik yang berkerja menaiki gondola penolak salji, penarik kereta serta polis merupakan antara insan-insan yang sibuk berkerja pada musim-musim seperti ini.

 

Sepanjang aku berada di bumi asing ini, lebih dari sekali aku rasai serta lihat pengalaman ter’skidding’ dan kemalangan ini. Di Malaysia, kalau ada kemalangan selalunya sampai sesak lalu lintas. Sebab apa? Sebab ramai orang yang memperlahankan kenderaan hanya untuk melihat situasi kejadian dari dalam kereta atau yang lebih teruk hanya untuk ambil nombor plat kereta, “ong” katanya untuk beli nombor. Aku tak kata rakyat Malaysia semua tak nak tolong orang yang terlibat dengan kemalangan, tak. Tapi ini yang selalunya berlaku. Adalah satu dua kereta yang  berhenti dan tolong apa yang patut.

 

Tapi kat sini aku nak bagitahu satu benda yang aku perasan tentang budaya di sini, mat saleh di sini tak teragak nak tolong. Tak kiralah masa ni tengah ribut salji ke kat tengah highway atau apa sahaja, pasti akan ada orang yang tolong.

 

Paling terbaru bila aku dan sahabat aku terskidding dan termasuk ke dalam gaung di hadapan Maple Willow Larch. Malam Sabtu, malam yang mana semua dapat warning ribut salji selama dua hari. Sampai lima orang lelaki mat saleh turun dari apartment mereka, apartment mereka yang selesa dan panas. Berlari. Ya, mereka berlari.

 

“Are you guys okay? Did anyone got hurt?” Prihatin.

 

Seorang dari mereka mengutarakan buah idea untuk menolak kereta kami yang tersadai di longkang berhadapan Scheman Building ke tempat parking kereta. Basah terkena percikan snow bercampur air dari gesekan tayar bila mereka berusaha menolak. Sejuk tapi tak dihiraukan. Tak dihiraukan pakaian yang basah bila terpaksa masukkan kaki ke dalam longkang untuk memudahkan penolakan. Prihatin.

 

Dan mereka semua berlalu pergi setelah kereta kami selamat di tempat parkir kereta. Tanpa mengharapkan apa-apa balasan, mahupun wefie bersama kami. Hanya laungan “Thank you” yang menjadi balasan budi baik mereka.

 

Aku doakan supaya kita semua mampu menjadi seperti mereka-mereka ini bila kita berhadapan dengan perkara yang sama. InsyaAllah.

bottom of page