top of page

Semangat Belia

iLived

Ni dah kali kedua aku volunteer untuk bersihkan stadium lepas habis American football game. Serius dan jujur aku cakap, sampah tu banyak, especially game baru-baru ni yang mana Cyclones kalah dengan Hawkeyes. Tipu kalau aku cakap tak penat, serius penat. Even pagi Sabtu tu bila aku bangun dari tidur, aku rasa nak cancel kan janji aku dengan kawan aku tu. Stress jadinya bila fikir bertimbunnya assignments yang dah menjerit-jerit minta aku siapkan. Tapi bila fikir bila je lagi aku ada peluang ni lagi kan? So, aku pergi. Dan honestly, aku bersyukur sebab aku pergi jugak despite tahap stress aku dah setinggi gunung Everest. Okay, fokus balik.

 

Okay lah, volunteer namanya tapi bukan tu je. Aku dibenarkan masuk untuk saksikan game tu secara percuma dan lepas habis kutip sampah semua, kitorang diberi free pizza. Tapi bila fikir balik, berbaloi ke? And personally aku rasa berbaloi. Sebab apa? Kalau kau pergi dengan kawan-kawan kau, aku rasa ni boleh mengeratkan silaturrahim korang. Serius. So takdelah stress sangat sebab kira macam kau tengah have fun kutip sampah dengan cara bergurau in between dengan kawan-kawan kau.

 

Berbalik pada main point aku. Aku tanya kawan aku yang ikut sekali, aku serba salah sebab dia masih baru, ni first game dia and dia terus kena ajak sekali untuk kutip sampah. Kau tahu apa jawapan dia?

 

Penat, tapi rasa seronok sebab tengok bukan sorang, tapi segerombolan belia yang datang volunteer. Thank you ajak.”

 

Aku pun fikir benda yang sama. Aku amazed dengan benda yang satu ni. Aku taktau lah Malaysia macam mana bila ada match bola kat stadium, tapi aku rasa yang bersihkan stadium bukan Majlis perbandaran ke? Well, kalau salah benda ni, then it’s my fault. Maklumlah, aku bukannya selalu tengok bola live kat stadium kan?

 

Lagi satu, sampah-sampah tu kalau nak tahu, kutip pakai tangan je, well pakai glove lah tapi. Tapi point aku, memang volunteering ni kena banyak guna effort sendiri lah. Lepas tu kawasan pembersihan bukan setakat luar stadium je tapi even parking lot kat luar tempat American people camping dengan camper dia pun turut dibersihkan.

 

Kalaulah, kalaulah ada volunteering opportunity macam ni dibuat kat Malaysia. InsyaAllah aku nak join. Nak tengok sendiri berapa ramai je yang join sekali. Only then, aku akan admit sendiri guna experience aku sendiri yang semangat belia kat Malaysia pun teguh macam Americans. Aku doakan...

bottom of page