top of page

Teruja

NAZ

Aznah menutup computer ribanya. Sedari tadi dia telah menghabiskan beberapa jam untuk menonton drama pilihannya. Nampaknya ketagihannya menjadi jadi. Hero hero dalam cerita drama kegemarannya itu sehingga terbawa bawa ke mimpi. Romantik sungguh bagaimana mereka memikat gadis pujaan mereka. Kalaulah wujud dalam dunia reality lelaki seperti itu pasti dia orang pertama yang akan memulakan langkah. Biarlah apa pun orang akan mengata. Biarlah perigi mencari timba pun, dia tidak kisah.

 

“Nah, ada tiket untuk ke konsert Big Band” kata Hasmah, sahabat sedari tingkatan empat itu.

 

Mereka kebetulan dapat sama sama melanjutkan pelajaran ke luar negara. Maka mereka menggunakan peluang itu untuk belajar di tempat yang sama.

 

“Hassss, lama dah aku teringin! Thanks Has!” balas Aznah seraya memeluk teman rapatnya itu.

 

“Hadiah hari jadi kau Nah. Aku tak tahu sangat hendak berikan kau apa. Jadi alang alang ‘band boy’ tu datang sini aku pun belikanlah tiket kau. Aku dapat pun murah aje. Kawan aku ‘stage manager’ untuk ‘event’ tu,” balas Hasmah.

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Hari yang ditunggu pun tiba. Aznah telah berkira kira baju yang hendak dipakainya. Ini kali pertama dia tidak memaklumkan baik orang tuanya mahupun kakak ‘usrah’nya untuk ke konsert itu. Pasti mereka akan memberikan jawapan tidak memandangkan sedari dulu dia tidak pernah menjejakkan kaki ke konsert. Ada dua sebab membuatkan dia tidak sabar untuk hadir. Walau pun dia budak so called usrah, tetapi dia budak usrah yang easy going bak kata sesetengah orang. Sebab sebabnya ialah:

 

  • ini merupakan kali pertama dia ingin merasai konsert.

  • ini merupakan band kegemaran dia.

  • kerana tiket itu hadiah untuk hari kelahirannya.

  • terdapat sesi khas di mana peminat bertuah akan dijemput ke atas pentas untuk berada dekat dengan artis kegemarannya. Mana tahu dia mungkin bertuah?

  • ‘why not? hehe

 

Dia pergi seorang diri memandangkan Hasmah hanya membeli tiket untuk nya. Kurang asam punya Hasmah kerana membiarkan dia pergi seorang diri. Tapi dia faham, Hasmah bukannya seorang peminat tegar Kpop dan seangkatan dengannya.

 

Konsert bermula selepas maghrib. Kira kira jam 8 malam. Baru dia tahu seronok rupanya berada dalam konsert begini. Semua orang seakan akan menghayati rentak muzik. Dia tidak terkecuali. Apabila artis kegemarannya mendapat sahaja mikrofon, dia lah orang yang paling semangat menjerit tanda sokongan. Habis anak tekaknya.

 

Penonton penonton bertuah telah pun di panggil ke pentas. Mereka kelihatan begitu teruja meskipun semua artis artis itu tidak bercakap dengan bahasa inggeris yang baik pun. Sesuatu di luar jangkaan, artis artis itu melakonkan babak babak romatik di dalam drama, baik dari mencium dahi, memeluk dari belakang mahupun berdepan! “Untungnya mereka! Romatik sangat kot artis buat begitu! Bilalah ‘turn’ aku pulak ni!” Aznah monolog sendirian.

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Konsert tamat. Aznah bergegas pulang ke rumah memandangkan hanya dia seorang. Dia merasa puas hati atas kehadirannya ke situ. Cuma nasibnya tidak berapa baik, dia tidak terpilih untuk berdepan dengan artis pujaan nya itu. Sebaik tiba dirumah, dia terus tidur. Penat rasanya menghayati lagu sebentar tadi. Tidur membolehkan dia berehat.

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

“Naahhhh! See these things! Its all over the facebook newsfeed! Konsert yang kau pergi semalam. Nasib baik weh kau takde dalam gambar tu! Kalau tak mesti aku pun rasa bersalah” Hasmah membawakan berita panas kepadanya sebaik sahaja dia selesai solat subuh.

 

Aznah bingkas bangun. Dia melihat media sosialnya. Betul kata teman rapatnya. Di ruangan komen, penuh dengan keji kejian terhadap peristiwa semalam. Dia merasa kosong tiba tiba. Andai dia terpilih untuk naik ke atas, mungkin hari ini, dia akan berdepan dengan sinisan dan sindiran warga Atlanta. “Fuhh. Selamat aku tak terpilih” ujarnya di dalam hati.

 

Hebat minggu itu dengan komen mengenai konsert yang dihadiri. Baik sesi ‘catch up with senior’ mahupun sembang sembang di ‘Whatsapp’ masing masing hebat memberi pandangan. Di TheMetropolitanInsight (TMI), banyak pula kes yang diungkit. Biduanita Negara, Rashidah juga turut dibidas memandangkan dia juga pernah memberi reaksi spontan apabila pemain no satu dunia kalah di kejohanan badminton dunia siri yang lepas. Tidak cukup dengan itu, pegawai agama juga telah memanggil penonton yang terlibat untuk diberi kaunseling. Entah mengapa hatinya menjadi menyampah.

 

“Hebat betul rakyat Malaysia memberi reaksi” ujar Aznah. Dia dan Hasmah masing masing menutup mulut memandangkan mereka berdua juga sebenarnya terlibat secara tidak langsung dengan konsert itu. Manakan tidak, Hasmah membeli tiket, Aznah mengahadirinya. Aznah pasti tajuk perjumpaan keluarga minggu itu pasti ada berkaitan dengan isu itu. Kalau tidakpun, dalam slot perkara berbangkit, mereka pasti mengutarakannya. Nampaknya kali ini dia akan panas punggung menanti hari tersebut tiba.

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Telahannya benar sekali. Kini kakak seniornya sedang meminta pendapat setiap orang mengenai isu itu. Bagaimana dia hendak memberi respons sekiranya dia sendiri teruja pada tika itu. Kalau ditanya sekarang pastilah dia akan respon benda itu sia sia; jawapan skema. Dalam perjumpaan keluarga itu lah dia boleh menjadi baik sekejap. Itu pun dia berharap dia akan masuk syurga kerana meluangkan masa. Entahlah. Dia pun taktahu sampai bila dia akan berbola balik tetapi dia kan masih remaja. Pasti kadang kala hendak merasai keseronokan itu. Sekali sekala jelah.

 

“Saya rasa, diorang tu ‘excited’. Tak sengaja pun kak. Isu ni kita rasa janggal sebab dia artis korea. Cuba kalau dia Aaron Aziz tengah cium dahi Maya Karin untuk akad nikah dalam drama Ombak Rindu tu, semua orang tiba tiba rasa diorang tu betul betul suami isteri. Benda sama je kan, kak?” Aznah melontarkan pandangannya.

 

“Betul. Ini dipanggil selective response. Orang hanya mengutarakan respon benda yang dirasa janggal. Benda yang biasa meski salah tidak pun ditegur seperti babak begitu. Namun, perkara paling pokok yang akak hendak dengar sebenarnya ialah apakah penyebab terjadinya benda sebegitu. Salah siapa dan apa yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan perkara sama tidak berulang pada masa akan datang ” ujar Syeeren kakak angkatnya itu.

 

Tiba tiba dia terbuka semula catitan ini semasa perjumpaan keluarganya.

Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim)

Aznah tersentak. Meski ada banyak pendapat mengenai kes aib ini, tetapi dia tahu, perkara yang kita tidak mahu orang lain tahu itu dosa dan juga aib. Dalam kes ini, dia selesa mengatakan aib dia masih Allah pelihara. Dan penonton itu, Allah sudah beri hentakan dahsyat untuk mereka mengenai apa yang mereka lakukan. Aznah setidak tidaknya bersyukur kerana keaiban nya masih terpelihara.

“Akak, apa kita kena buat? ” tanya Aznah

 

“Banyak Aznah. Antaranya memberikan cahaya dalam diri kita dan rakan rakan kita. Hati ni Az, dia kosong. Ruang kosong ni kalau tidak diisi dengan perkara sebetulnya, dia akan diisi dengan benda lain. Cuma itulah masalahnya. Kita ni suka isi hati kita ni dengan benda lain. Cahaya kita bagi bila perjumpaan begini sahaja atau bila himpunan tertentu sahaja. Islam itu kan menyeluruh. Kenapa hendak diambil sedikit sedikit dan bila mahu sahaja?” ujar kak Syeeren.

 

“Tapi kak syeeren. Susahlah.”

 

“Az, hidup ini semuanya berkaitan pilihan. Setelah pilihan dibuat, dilaksana bersungguh sungguh, lain itu sudah menjadi takdir Allah. Tetapi sebelum menjadi takdir, kita sendiri memilih. Walaupun Allah Maha Mengetahui apa pilihan kita, dia tidak meletakkan restricition terhadap pilihan kita. Matahari tiada pilihan untuk terbit dari timur dan terbenam disebelah barat kecuali pada hari kiamat. Kita ada pilihan. Kita ada akal Az. Fikir untuk jangka masa panjang. Contoh dalam situasi konsert itu, takkan bila kita dah jadi ibu nanti kita hendak beritahu kepada anak kita, “dulu masa ibu pergi ke konsert Kpop, ibu dapat pelukan dari artis pujaan ibu tau!”. Its sound so wrong Az. Macam tu pun kita dah rasa pelik, mesti kita dah taknak buat. Fikir, pilih. Susah Az. Tak siapa pun kata senang. Pilih untuk kesan yang baik untuk jangka masa panjang. Untuk syurga tu. Az, nak dapat 4.0 pun susah. Apatah lagi nak tinggalkan perkara perkara yang seronok tetapi salah ni Az. Kita kena ingat, kebatilan itu sungguh tersusun dan kebenaran itu selalu dikalahkan kerana begitu tidak kemas susunannya”

 

Nampaknya, Allah masih sudi menjaga keaibannya dan memberinya peluang berulang kali. Itu baru konsert. Tidak termasuk kesompekkannya yang lain. Sungguh Aznah merasakan dialah paling tidak menghargai setiap peluang yang Tuhan berikan padanya. Kak Syeeren berkongsi satu ayat sebelum mengakhiri perjumpaan keluarga pada hari itu,

 

“Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan

kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus?

Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayanganNya."

An-Nisa : 125

 

Dan itu satu hentakkan maha dahsyat buatnya sementelahan dia telah lama ‘join’ team budak baik. Satu yang dia tahu. Semua orang mahukan kebaikan. Dan dia salah seorangnya. Dia berharap dia mampu melakukan sesuatu. Perkara perkara pelik sebegitu sepatutnya menjadi janggal dalam kalangannya bukan norma. Tuhan, bantu aku ya?

bottom of page