top of page

Variasi

MAJ

Ini penulisan ikhlas dari hati, tanpa merujuk mana mana buku atau buah fikiran orang lain. Mungkin ada yang rasa offended, tapi saya peduli apa.

 

Melihat ramai yang berkongsi buah fikiran di laman sosial, buat saya gembira sebab saya sedar, circle of friends yang saya ada bukan yang kosong kosong, tapi semua berisi.

 

Dunia sekarang, dunia ilmu. Untuk menang, kau tak perlukan pisau atau pedang, kau hanya perlukan hujah untuk menjatuhkan orang lain. Ilmu, sama seperti pisau, kalau betul gunanya, maka bermanfaatlah. Jika tidak, anda tahu kesannya.

 

Ada seorang pemuda ni, saya sangat hormat padanya. Tak pernah berjumpa, tapi kagum dengan turning point dia dalam hidup. Dari seorang yang percaya Tuhan, kemudian terlalu banyak mempersoalkan Tuhan, dan kemudian mengaku kalah, dan mempercayai kembali Tuhan. Kagum dengan minatnya yang kuat membaca dan lantang bersuara.

 

Walau bagaimanapun, ada perkara yang saya sedih tentang dia. Bila dia buat sesuatu yang hebat, dan orang lain tak buat perkara yang sama dengan dia, dia kritik. Dia pandang rendah. Ibarat usaha lain yang dilakukan orang lain tak bermakna. Dia sahaja yang betul. Dia sahaja yang bagus. Ya, dia bagus, tapi janganlah memperlekeh orang lain.

 

Lahirnya manusia atas muka bumi ini berkongsi dua objektif yang sama: untuk beribadat kepada yang Esa dan menghidup serta memakmur bumi. Dalam tatihan kita menyelesaikan objektif tersebut, bukan semua melalui jalan yang sama.

 

Dakwah secara misal. Dakwah bukan sekadar keluar dari mulut, ada orang berdakwah melalui tulisan, video, lagu, syair dan bermacam lagi. Allah tak letak limitasi sebarkan Islam melalui kata kata semata. Lihat saja Nabi Muhammad. Keperibadian yang terpuji dan disenangi semua orang membantu usaha penyebaran Islam. Kadang, kau tak perlu bersuara, kau hanya perlu “menunjuk”.

 

Usaha ini variasi bentuknya. Moga perjuangan yang berbeza ini, mencapai matlamat yang sama, insyaAllah.

bottom of page